Free Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generator
http://www.codelagu.com/glitter-text-generator">Free Glitter Text Generator


Friday, August 20, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN GANTIAN RMK-9 SK ORANG KAYA ALI, MUAR, JOHOR.




MUAR, 20 Ogos 2010- Majlis penyerahan bangunan gantian SK Orang Kaya Ali, Muar di adakan pada 18 Ogos 2010. Majlis dihadiri oleh Hjh. Faridah Ali, Jurutera Bangunan JKR Muar, En. Md. Bahrain B. Ab. Rahman, Ketua Unit Pembangunan, JPN Johor , wakil dari PPD Muar , JKR Mekanikal dan juga kontraktor Utama serta Kontraktor M&E.








Tahniah dan erima kasih kepada Kontraktor Utama dan JKR kerana berjaya menyiapkan projek mengikut jadual dalam kontrak. Dengan bangunan baru ini akan memberi keselesaan kepada warga sekolah.

Tuesday, August 10, 2010

MAJLIS KONVOKESYEN UKM KALI KE 38







Alhamdulilah....dengan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t.. telah memberikan kekuatan dan keupayaan dalam menyudahkan pengajian sarjana saya di UKM....Mula pengajian di Fakulti Pendidikan, UKM pada Disember 2007 dan telah menamatkan pengajian pada Disember 2010.






Syukur Alhamdulillah...pada 9 Ogos 2010 telah dianugerahkan Ijazah Sarjana (Pentadbiran Pendidikan) dalam Majlis Konvokesyen UKM Kali Ke-38 yang disempurnakan oleh Pro-Canselor UKM.






Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada isteri saya (Marinan Md Nasir), Anak-anak (Alissa, Aleez, Adrena & Afiff) serta ahli kelurga yang memberi kekuatan dan semangat untuk saya meneruskan pengajian. Terima kasih tak terhingga kepada Penyelia Pengajian saya, Dr. Mohd Izham Bin Mohd Hamzah dan semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang member ilmu keada saya. Terima kasih juga kepada Rakan-rakan yang banyak membantu saya..Bibi Iklima dan Nor Hasyida (Syida), rakan-rakan sepejabat khususnya Tn. Haji Haris Hashim, Maleeza HaleemMa dan Arizan Ahmad serta semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam pengajian saya...jasa kalian amat saya hargai. Terima kasih.

PENYERAHAN BANUNAN BARU RMK-9 SK SIALANG, TANGKAK, JOHOR




TANGKAK- Majlis penyerahan bangunan baru (gantian) RMK-9 SK Sialang telah berlangsung pada 10.08.2010. Majlis dihadiri oleh Hjh. Faridah Ali (JB, JKR Muar), Hj Md Zin Yusoff (Pen. Pengarah, Unit Pembangunan JPN Johor), En. Khairulhizam Hassan, Haji Fadzil Mohd Amin dan Haji Haris (Pejabat Pelajaran Daerah Muar). Terima aksih kepada JKR dan kontraktor utama yang berjaya menyiapkan bangunan tersebut.

Thursday, July 1, 2010

PELANCARAN PROGRAM E-WASTE PERINGKAT PARLIMEN LEDANG 2010







LEDANG- Pelancaran Program Kitar Semula Bahan Buangan Elektrik Dan Elektonik (E-WASTE) Peringkat Parlimen Ledang telah disempurnakan oleh YB Ir. Hamim Bin Samuri, Ahli Parlimen ledang pada 3 Julai 2010 di SK Ledang, Tangkak. SK Ledang terpilih sebagai tuan rumah program ini bagi penghargaan kerana telah menjadi Johan Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Johor dan Johan Pertandingan sekolah Lestari peringkat Daerah Muar tahun 2010 ini. Majlis turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Semua Pengetua/Guru Besar sekolah Zon Tangkak, Penghulu, Ketua-Ketua kampung dalam Zon Tangkak, YDP PIBG SK Ledang, wakil syarikat industri yang berhampiran dan agensi-agensi kerajaan. Majlis dibawah pengelolaan Rakan Alam sekitar, Jabatan Alam sekitar Negeri Johor ini akan ditutup rasmi pada 10 Jun 2010 ini di SK Ledang, Tangkak. YB Ir. Hamim dan Hjh. Rosmizan (Guru Besar SK Ledang) berharap dapat kerjasama semua pihak bagi menjayakan program ini.

Tuesday, June 22, 2010

CUTI-CUTI DI JAKARTA, PUNCAK & BANDUNG, INDONESIA







Cuti-cuti ke Jakarta, Puncak & Bandung pada 13-17 Jun 2010 dengan penerbangan MAS dari KLIA ke Lapangan Terbang Seokarno-Hatta, Jakarta bersama Guru Besar dan Guru-Guru Prasekolah Daerah Muar serta staf PPd Muar seramai 27 orang. Program anjuran Panitai Prasekolah Daerah MUar membawa pengalaman melihat dan melawat tempat manarik dan juga program window-shopping...Pergi 1 bag, bila balik dah jadi 3 atau 4 bag....

Monday, May 3, 2010

MAJLIS PENYERAHAN SIAP BINA PROJEK RMK-9 RUMAH GURU SMKA MAAHAD MUAR







MUAR, 4 MEI 2010- Majlis penyerahan bangunan baru rumah guru RMK-9 SMKA Maahad Muar telah disempurnakan oleh kontraktor utama dan JKR kepada pihak sekolah. Pihak KPM dan JPN Johor di wakili oleh Tn. Haji Md Zin Bin Yusof , Penolong pengarah Projek dan pihak sekolah pula diwakili oleh Pn. Hjh. Hamizah Bin Hassan, Pengetua SMKA Maahd Muar. Turut hadir wakil JKR Muar dan Pegawai Pembangunan PPD Muar.

Sunday, May 2, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG SK LEDANG 2010











TANGKAK, Daerah Ledang- Mesyuarat Agung PIBG SK Ledang Kali Ke-28 telah berlangsung pada 30 April 2010 (Jumaat) pada jam 2.30 Petang. Majlis dirasmikan oleh Tn. Haji Abdul Rahim Bin Talib, Pengarah Urusan Innoseven Sdn. Bhd. Majlis dimulakan dengan persembahan pelajar, ucapan Yang aluan Dipertua PIBG SK Ledang, ucapan Guru Besar SK Ledang selaku Penasihat PIBG serta ucapan dan perasmian. Mesyarat PIBG berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan cabutan bertuan. Terima kasih kepada Perasmi, Guru Besar dan guru-guru SK Ledang serta semua ahli PIBG yang hadir. Jumpa lagi di Mesyuarat Agung PIBG 2011 nanti.

Monday, April 26, 2010

MAJLIS PENYERAHAN SIAP PROJEK PRE 1 & 2 SEKOLAH TAMIL DAERAH MUAR







MUAR, 26 APRIL 2010- Majis penyerahan siap projek PRE 1& 2 melibatkan SJKT Ladang Sagil dan SJKT Ladang Tanah Merah.

KENANGAN DI PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU







Aktiviti keluarga bersama rakan-rakan ke Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu pada 23-25 April 2010. Sebanyak 8 buah kenderaan konvoi ke sana yang melibatkan lebih kurang 40 orang. Aktiviti menarik seperti mencandat sotong, memancing dan juga mandi-manda di taman negara Pulau Perhentian sambil memberi makan ikan.

Wednesday, April 21, 2010

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PRE 1 & 2 DAERAH MUAR


MUAR, 21 April 2010 - Lawatan pemantauan projek PRE 1 & 2 dan isu-isu berkaitan oleh Pegawai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), KPM iaitu En. Suva dan Pn Nor Anita ke 4 buah sekolah tamil di daerah Muar yang melibatkan SJKT Jalan Khalidi, Muar, SJKT Ladang Lanadron, Pagoh , SJKT Ladang Bukit Serampang, Pagoh dan SJKT Ladang Temiang Renchong, Pagoh. Turut serta dalam lawatan tersebut En. Mat Yasin Bin Muda ( Pegawai Pembangunan JPN Johor) dan pegawai pembangunan PPD Muar.

Sunday, April 18, 2010

LAWATAN KE PULAU KARIMUN, INDONESIA





Johor- Lawatan diadakan pada 15 - 16 April 2010. Turut serta pegawai-pegawai dan staf Pejabat pelajaran Daerah Di negeri Johor dan pegawai JPN Johor. Lawatan berjalan lancar dan banyak pengetahuan dan pengalaman diperolehi. Terima kasih kepada Tn. Haji Rahman (PPD Pasir Gudang) yang mengurusakan lawatan ini.

Monday, April 12, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU RMK-9 DAERAH MUAR










MUAR- 13 April 2010. Majlis penyerahan bangunan baru RMK-9 daerah Muar melibatkan 2 buah sekolah-sekolah di daerah Muar dan daerah Ledang. Sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:-


1. SK Paya Mas, Tangkak, Ledang

2. SMK Ledang, Tangkak, Ledang



Tahniah kepada JKR Muar dan kontarktor Utama serta Sub-kontraktor yang telah berjaya menyiapkan bangunan tersebut.





Monday, April 5, 2010

KURSUS PENINGKATAN PRFESIONALISMA STAF PPD MUAR 2010








Kursus Peningkatan Profesonalisma yang melibatkan semua staf Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah dilaksanakan pada 02-04 April 2010 bertempat di Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri sembilan. Antara topik yang didedahkan kepada peserta ialah berkaitan:
(1) National Key Result Area (NKRA)& Minister Key Result Area (MKRA)
(2) Key Performent Indicator (KPI)
(3) Program 5S
(4) Tatacara Pengurusan Aduan

Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Tn. Haji Ramli Bin Abd Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Muar.

Thursday, March 25, 2010

PROGRAM 5S DAERAH MUAR

Menurut Shahril (1995), pengurusan hari ini adalah menjadi sesuatu profesion yang mencabar . Manakala menurut pendapat Bucher (1983) dalam Zainun & Wan Hasmah (1995), pengurusan masa kini telah menjadi satu ‘sains’ yang memerlukan kemahiran mengurus, kepakaran dalam sesuatu bidang dan komitmen terhadap kerjaya. Pengurusan yang berkualiti akan menghasilkan kepimpinan yang berkualiti.
Kajian Wan Liza Ozman (1996), mendapati ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dan keberkesanan organisasi tersebut. Seseorang pemimpin yang tidak mempunyai wawasan yang jelas mengenai objektif dan arah tujuan organisasinya sudah tentu tidak akan dapat mengemudikan organisasi tersebut ke arah matlamat yang tepat.
Program 5S diperkenalkan bertujuan bagi mewujudkan suaana yang selamat, seles dan menjadikan kehidupan yang produktif untuk semua orang di tempat kerja mereka. Program 5S ini adalah set perkataan dariada Bahasa Jepun dengan setiap satunya bermula dengan bunyi "se" atau "shi". 5S tersebut adalah seperti berikut:-
SE-I-RI = SISIH
SE-I-TON = SUSUN
SE-I-SO = SAPU
SE-I-KE-TSU = SERAGAM
SE-TSU-KE = SENTIASA AMALKAN
Objektif utama Program 5S adalah :-
(1) Membinan Budaya KAIZEN di tempat kerja
(2) Membina kerjasama melalui penyertaan semua pihak
(3) Membina amalan kepimpinan pengurusan dan penyeliaan
(4) Tingkatkan insfrastruktur untuk melaksanakan program eningkatan kualiti kerja.

Tuesday, March 23, 2010

STANDARD PENYELENGGARAAN SEKOLAH NEGERI JOHOR

Bangunan yang dibina dan kemudahan asas ang disediakan serta peralatan yang dibekalkan masing-masing mempunyai jangkahayat tertentu. Bangunan dan kemudahan serta peralatan yang tidak diselenggara dengan baik dan bersistematik akan memendekkan jangkahayat dan mudah rosak. Penyelenggaraan yang bersistematik dan berkala dapat memajangkan jangkahayat serta dapat berfungsi dengan sempurna dan cekap. Malah, ia juga dapat mengelakkan sebarang bencana dan merbahaya kepada penggunanya. Di samping itu, penyelenggaraan yang bersistematik dan berkala dapat menjimatkan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan pengguna (JPN 1997).

Matlamat utama penyelenggaraan iaialh memastikan keselamatan, keselesaan dan kecekapan. Standard penyelenggaraan institusi pendidikan ini berasaskan kepada 5 perkara iaiatu:-
(1) Penyelenggaraan Bangunan
(2) Penyelenggaraan Mekanikal
(3) Penyelenggaraan Elektrikal
(4) Penyelenggaraan Kemudahan Asas
(5) Penyelenggaraan Peralatan / Perabut

Jadual penyelenggaraan bagi setiap komponen ditentukan supaya sesuai dengan jangkahayat, kekerapan pengunaan dan daya tahan. Berikut adalah senarai jadual penyelenggaraan yang disyorkan:-

A. BANGUNAN

1. Struktur - Pemeriksaan setiap tahun
2. Dinding - Pemeriksaan setiap tahun
3. Lantai - Pemeriksaan setiap tahun
4. Bumbung - Pemeriksaan setiap tahun
5. Siling - Pemeriksaan setiap tahun
6. Kerangka - Pemeriksaan setiap tahun
7. Tandas - Pemeriksaan setiap 3 bulan sekali
8. Cat - Bangunan dicat setiap 5 tahun
9. Tangki Air (Luar) - Pemeriksaan setiap tahun dan dicat
5 tahun sekali
10. Pembasmian anai-anai - Setiap tahun


B. MEKANIKAL

1. Alat Pencegah Kebakaran - Setiap 6 bulan sakali
2. Penghawa Dingin - Diservis setiap 3-5 bulan sekali
3. Pam Penggalak - Diservis setiap 6 bulan sekali
4. Sistem LPG - Diperiksa setiap 6 bulan sekali
5. Sistem Air Panas (ERT) - Diperiksa setiap 3 bulan sekali
6. Kebuk Wasap - Diperiksa setiap 3 bulan sekali
7. Tangki Air siling & Perpaipan - Diperiksa setiap 3 bulan sekali
8. Tangki Septik & Pam Najis - Diperiksa setiap 6 bulan sekali dan
pam diservis setiap 3 bulan sekali

C. ELEKTRIKAL

1. Pendawaian - Diperiksa setiap tahun
2. Penangkis Kilat - Diperiksa setiap 15 tahun
3. Perlatan elektrik - Diselenggara setiap 3 bulan/ rosak diganti
4. Generator - Diselanggara setiap 3 bulan
5. Sistem Siaraya - Diselengara setiap 3 bulan /rosak diganti
6. Penggera Keselamatan - Diselenggara setiap 3 bulan /rosak diganti


D. KEMUDAHAN ASAS

1. Padang & Halaman - Merumput & mencantas setiap 2 minggu
2. Gelanggang Permainan - Pemeriksaan setiap tahun
3. Tembok Penahan Tebing/Cerun - Pemeriksaan setiap 3 bulan sekali
4. Pagar & Pintu Pagar - Pemeriksaan setiap 2 minggu & dicat
setiap 2 tahun
5. Jalan & Dataran Kejat - Diturap semula setiap 7 tahun /bila
berlaku kerosakan
6.Tempat letak Kereta/Basikal - Pemeriksaan setiap tahun
7. Pondok Jaga - Pemeriksaan setiap tahun
8. Wakaf - Pemeriksaan setiap tahun


E. PERALATAN / PERABUT

1. Peralatan elektrik - Diservis setiap 3 bulan
2. Komputer - Diservis setiap 3 bulan
3. Telefon & Faks - Diservis setiap 3 bulan
4. Alatan KH dan Makmal Sains - Diperiksa setiap 3 bulan
5. Perabut Diperiksa setiap 3 bulan

Oleh yang demikian, penulisan ini sebagai panduan bagi standard penyelenggaraan di sekolah-sekolah. Kesimpulannya, penyelenggaraan yang berkala dan sistematik dapat memastikan bangunan, alatan dan perabut boleh berfungsi dengan sempurna serta dapat menjimatkan kos penyelenggaraan di sekolah.


RUJUKAN

1. Unit Perancangan, Pembangunan Dan Bekalan. 1997. Garis Panduanpembangunan Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Johor: Jabatan Pelajaran Johor

Monday, March 22, 2010

HOLIDAY DI HADYAI, SONGKLA & DAOK, THAILAND




Program bercuti pada 17-20 Mac 2010. Pertama kali pergi dan banyak pengalaman yang diperolehi. Suasana aman dan selamat serta bebas ke mana-mana tempat tanpa rasa takut... yang menarik naik tut-tut dan ke pasar terapung dimana jualan bermacam jenis makanan di dalam sampan... Insyallah, jumpa lagi kat sana...

Wednesday, February 24, 2010

SUKAN TAHUNAN SK LEDANG




LEDANG, JOHOR - SK Ledang, Tangkak mengadakan Sukan Tahunan 2010 pada 24 Februari 2010 (Rabu) bertempat di Padang SK Ledang bermula jam 8.00 pagi. Majlis diserikan dengan uacapan Pn. Hjh. Rosmizan Binti Jamaluddin selaku Guru Besar dan ucapan parasmian oleh En. Basiron Bin Kudari, Penyelia Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Muar. Majlis diserikan dengan persembahan tarian 1Malaysia oleh murid prasekolah, senamrobik dan tek woon do.

Monday, February 22, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU RMKe-9 DAERAH MUAR, JOHOR.

MUAR/LEDANG- Majlis penyerahan bangunan baru rumah guru SK Serom 3, Ledang, Johor sebanyak 6 unit. Majlis dihadiri Pegawai JPN Johor (En. Naseruddin), PPD Muar (En. Khairulhizam B. Hassan & Tn. Haji Haris B. Hashim), JKR ( En. Barimin Bin Kasirin & Noorul Asheekha ) dan pihak SK Serom 3 diwakili oleh Guru Besar (En. Shamsuddin B. Sharif).






Muar- Karnival Memancing 2010 anjuran Badan Kebajiakn Staf (BAKES), PPD Muar telah dijalankan pada 21 Februari 2010 (Ahad) bertempat di Kompleks Marina, Tanjung Emas, Muar, Johor. Seramai 166 kaki pancing menyertai karnival ini. Majlis Perasmian dan penyempaian hadiah dis empurnakan oleh Tn. Haji Ramli Bin Abd. Samat (Pegawai Pelajaran Daerah Muar). Gambar menunjukkan saya menyampaikan hadiah tempat 20 -11 kepada pemenang .

Thursday, February 11, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN HAIDIR

Majlis berlangsung pada 07.02.2010. SelamatPengantin Baru.

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU RMKe-9 DAERAH MUAR


Majlis Penyerahan Bangunan Baru Asrama SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh dan Asrama SMK Tun Mamat, Tangkak pada 12.02.2010. Turut Hadir Tn. Haji Mohd Ikwan (Wakil JPN Johor) & En. Barimin (JKR). Terima kasih kepada JKR Muar yang menyiapkan projek dengans empurna.