


LEDANG- Pelancaran Program Kitar Semula Bahan Buangan Elektrik Dan Elektonik (E-WASTE) Peringkat Parlimen Ledang telah disempurnakan oleh YB Ir. Hamim Bin Samuri, Ahli Parlimen ledang pada 3 Julai 2010 di SK Ledang, Tangkak. SK Ledang terpilih sebagai tuan rumah program ini bagi penghargaan kerana telah menjadi Johan Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Johor dan Johan Pertandingan sekolah Lestari peringkat Daerah Muar tahun 2010 ini. Majlis turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Semua Pengetua/Guru Besar sekolah Zon Tangkak, Penghulu, Ketua-Ketua kampung dalam Zon Tangkak, YDP PIBG SK Ledang, wakil syarikat industri yang berhampiran dan agensi-agensi kerajaan. Majlis dibawah pengelolaan Rakan Alam sekitar, Jabatan Alam sekitar Negeri Johor ini akan ditutup rasmi pada 10 Jun 2010 ini di SK Ledang, Tangkak. YB Ir. Hamim dan Hjh. Rosmizan (Guru Besar SK Ledang) berharap dapat kerjasama semua pihak bagi menjayakan program ini.





















No comments:
Post a Comment