Free Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generator
http://www.codelagu.com/glitter-text-generator">Free Glitter Text Generator


Thursday, March 25, 2010

PROGRAM 5S DAERAH MUAR

Menurut Shahril (1995), pengurusan hari ini adalah menjadi sesuatu profesion yang mencabar . Manakala menurut pendapat Bucher (1983) dalam Zainun & Wan Hasmah (1995), pengurusan masa kini telah menjadi satu ‘sains’ yang memerlukan kemahiran mengurus, kepakaran dalam sesuatu bidang dan komitmen terhadap kerjaya. Pengurusan yang berkualiti akan menghasilkan kepimpinan yang berkualiti.
Kajian Wan Liza Ozman (1996), mendapati ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dan keberkesanan organisasi tersebut. Seseorang pemimpin yang tidak mempunyai wawasan yang jelas mengenai objektif dan arah tujuan organisasinya sudah tentu tidak akan dapat mengemudikan organisasi tersebut ke arah matlamat yang tepat.
Program 5S diperkenalkan bertujuan bagi mewujudkan suaana yang selamat, seles dan menjadikan kehidupan yang produktif untuk semua orang di tempat kerja mereka. Program 5S ini adalah set perkataan dariada Bahasa Jepun dengan setiap satunya bermula dengan bunyi "se" atau "shi". 5S tersebut adalah seperti berikut:-
SE-I-RI = SISIH
SE-I-TON = SUSUN
SE-I-SO = SAPU
SE-I-KE-TSU = SERAGAM
SE-TSU-KE = SENTIASA AMALKAN
Objektif utama Program 5S adalah :-
(1) Membinan Budaya KAIZEN di tempat kerja
(2) Membina kerjasama melalui penyertaan semua pihak
(3) Membina amalan kepimpinan pengurusan dan penyeliaan
(4) Tingkatkan insfrastruktur untuk melaksanakan program eningkatan kualiti kerja.

No comments:

Post a Comment