Free Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generator
http://www.codelagu.com/glitter-text-generator">Free Glitter Text Generator


Monday, January 31, 2011

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU (G) RMK-9 SEKOLAH DAERAH MUAR JANUARI 2011




MUAR, Jan. 2011- Majlis penyerahan bangunan baru (gantian) projek RMK-9 telah berlangsung di beberapa buah sekolah di daerah Muar. Majspenyerahan disempurnakan oleh pihak JKR Muar selaku Pegawai Penguasa kepada pelanggan iaitu Pegawai JPNJ/PPD/Pentadbir sekolah. Sekolah yang terlibat seperti :-
1. SK Parit Setongkat (12.1.2011) SK
2. SK Sungai Raya (13.1.2011)
3. SJKT Ladang Lanandron & SK Bukit Rahmat (14.1.2011)
4. SK Parit No. 5 & SK Parit Zin (19.1.2011)
5. SK Serom 6 & SK Gersik (24.1.2011)
6. SK Renchong (28.1.2011)

Dengan penyerahan bangunan baru ini membri kemudahan P&P yang selesa kepada warga sekolah....teruskan kecemerlangan...Muar No. 1...Johor Top 5...

Thursday, January 13, 2011

LAWATAN RASMI Y.A.B TPM /MENTERI PELAJARAN MALAYSIA KE SEKOLAH PARLIMAN PAGOH, MUAR




MUAR, 18 DIS. 2010- Lawatan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ke 2 buah sekolah iaitu SMK Tengku Temenggung Ahmad dan SK Liang Batu serta 1 tapak baru SJKT Ladang Teming Renchong di Pekan Bukit Pasir. Terima kasih atas lawatan dan keperihatinan TPM/MPM terhadap keperluan sekolah-sekolah daerah Muar ini.

Tuesday, January 11, 2011

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU (GANTIAN) RMK-9 DAERAH MUAR

12 JANURAI 2011, MUAR- Majlis penyerahan bangunan Baru SK Parit Setongkat telah berlangsung pada 12.12.2011 pada jam 10.00 pagi. Majlis penyerahan berlangsung dengan kehadiran kontraktor utama, pihak JKR Muar dan JKR Elektrikal Johor , Guru Besar SK Parit Setongkat (PN. Kamariah Binti Md Rawi), Pegawai Pembangunan JPN Johor (En. Sulaiman B. Basar) dan Pegawai-pegawai Pembangunan PPD Muar ( En. Khairulhizam, Tn. Haji Fadzil & Tn. Haji Haris).

28 DISEMBER 2010, MUAR -Majlis penyerahan berkelompok bangunan baru (Gantian) SK Panchor dan SK Semaseh telah dijalankan pada 28.12.2010 bertempat di SK Panchor pada jam 10.00 pagi. Majlis dihadiri oleh kontraktor Utama, JKR MUar dan JKR Johor, En. Nasserudin (JPN Johor) dan En. Khairulhizam & Tn. Haji Haris (PPD Muar) serta Guru Besar kedua-dua buah sekolah tersebut.

Pihak PPD Muar mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak JKR yang telah berjaya menyerahkan bangunan baru tersebut. Bangunan baru telah digunakan sepenuhnya pada sesi persekoahan 2011 lalu.

Friday, August 20, 2010

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN GANTIAN RMK-9 SK ORANG KAYA ALI, MUAR, JOHOR.




MUAR, 20 Ogos 2010- Majlis penyerahan bangunan gantian SK Orang Kaya Ali, Muar di adakan pada 18 Ogos 2010. Majlis dihadiri oleh Hjh. Faridah Ali, Jurutera Bangunan JKR Muar, En. Md. Bahrain B. Ab. Rahman, Ketua Unit Pembangunan, JPN Johor , wakil dari PPD Muar , JKR Mekanikal dan juga kontraktor Utama serta Kontraktor M&E.








Tahniah dan erima kasih kepada Kontraktor Utama dan JKR kerana berjaya menyiapkan projek mengikut jadual dalam kontrak. Dengan bangunan baru ini akan memberi keselesaan kepada warga sekolah.

Tuesday, August 10, 2010

MAJLIS KONVOKESYEN UKM KALI KE 38







Alhamdulilah....dengan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t.. telah memberikan kekuatan dan keupayaan dalam menyudahkan pengajian sarjana saya di UKM....Mula pengajian di Fakulti Pendidikan, UKM pada Disember 2007 dan telah menamatkan pengajian pada Disember 2010.






Syukur Alhamdulillah...pada 9 Ogos 2010 telah dianugerahkan Ijazah Sarjana (Pentadbiran Pendidikan) dalam Majlis Konvokesyen UKM Kali Ke-38 yang disempurnakan oleh Pro-Canselor UKM.






Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada isteri saya (Marinan Md Nasir), Anak-anak (Alissa, Aleez, Adrena & Afiff) serta ahli kelurga yang memberi kekuatan dan semangat untuk saya meneruskan pengajian. Terima kasih tak terhingga kepada Penyelia Pengajian saya, Dr. Mohd Izham Bin Mohd Hamzah dan semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang member ilmu keada saya. Terima kasih juga kepada Rakan-rakan yang banyak membantu saya..Bibi Iklima dan Nor Hasyida (Syida), rakan-rakan sepejabat khususnya Tn. Haji Haris Hashim, Maleeza HaleemMa dan Arizan Ahmad serta semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam pengajian saya...jasa kalian amat saya hargai. Terima kasih.

PENYERAHAN BANUNAN BARU RMK-9 SK SIALANG, TANGKAK, JOHOR




TANGKAK- Majlis penyerahan bangunan baru (gantian) RMK-9 SK Sialang telah berlangsung pada 10.08.2010. Majlis dihadiri oleh Hjh. Faridah Ali (JB, JKR Muar), Hj Md Zin Yusoff (Pen. Pengarah, Unit Pembangunan JPN Johor), En. Khairulhizam Hassan, Haji Fadzil Mohd Amin dan Haji Haris (Pejabat Pelajaran Daerah Muar). Terima aksih kepada JKR dan kontraktor utama yang berjaya menyiapkan bangunan tersebut.

Thursday, July 1, 2010

PELANCARAN PROGRAM E-WASTE PERINGKAT PARLIMEN LEDANG 2010







LEDANG- Pelancaran Program Kitar Semula Bahan Buangan Elektrik Dan Elektonik (E-WASTE) Peringkat Parlimen Ledang telah disempurnakan oleh YB Ir. Hamim Bin Samuri, Ahli Parlimen ledang pada 3 Julai 2010 di SK Ledang, Tangkak. SK Ledang terpilih sebagai tuan rumah program ini bagi penghargaan kerana telah menjadi Johan Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Johor dan Johan Pertandingan sekolah Lestari peringkat Daerah Muar tahun 2010 ini. Majlis turut dihadiri oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Muar, Semua Pengetua/Guru Besar sekolah Zon Tangkak, Penghulu, Ketua-Ketua kampung dalam Zon Tangkak, YDP PIBG SK Ledang, wakil syarikat industri yang berhampiran dan agensi-agensi kerajaan. Majlis dibawah pengelolaan Rakan Alam sekitar, Jabatan Alam sekitar Negeri Johor ini akan ditutup rasmi pada 10 Jun 2010 ini di SK Ledang, Tangkak. YB Ir. Hamim dan Hjh. Rosmizan (Guru Besar SK Ledang) berharap dapat kerjasama semua pihak bagi menjayakan program ini.