Free Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generatorFree Glitter text generator
http://www.codelagu.com/glitter-text-generator">Free Glitter Text Generator


Thursday, March 25, 2010

PROGRAM 5S DAERAH MUAR

Menurut Shahril (1995), pengurusan hari ini adalah menjadi sesuatu profesion yang mencabar . Manakala menurut pendapat Bucher (1983) dalam Zainun & Wan Hasmah (1995), pengurusan masa kini telah menjadi satu ‘sains’ yang memerlukan kemahiran mengurus, kepakaran dalam sesuatu bidang dan komitmen terhadap kerjaya. Pengurusan yang berkualiti akan menghasilkan kepimpinan yang berkualiti.
Kajian Wan Liza Ozman (1996), mendapati ketua sesebuah organisasi memainkan peranan yang besar dalam mencorak suasana kerja, motivasi, kelicinan dan keberkesanan organisasi tersebut. Seseorang pemimpin yang tidak mempunyai wawasan yang jelas mengenai objektif dan arah tujuan organisasinya sudah tentu tidak akan dapat mengemudikan organisasi tersebut ke arah matlamat yang tepat.
Program 5S diperkenalkan bertujuan bagi mewujudkan suaana yang selamat, seles dan menjadikan kehidupan yang produktif untuk semua orang di tempat kerja mereka. Program 5S ini adalah set perkataan dariada Bahasa Jepun dengan setiap satunya bermula dengan bunyi "se" atau "shi". 5S tersebut adalah seperti berikut:-
SE-I-RI = SISIH
SE-I-TON = SUSUN
SE-I-SO = SAPU
SE-I-KE-TSU = SERAGAM
SE-TSU-KE = SENTIASA AMALKAN
Objektif utama Program 5S adalah :-
(1) Membinan Budaya KAIZEN di tempat kerja
(2) Membina kerjasama melalui penyertaan semua pihak
(3) Membina amalan kepimpinan pengurusan dan penyeliaan
(4) Tingkatkan insfrastruktur untuk melaksanakan program eningkatan kualiti kerja.

Tuesday, March 23, 2010

STANDARD PENYELENGGARAAN SEKOLAH NEGERI JOHOR

Bangunan yang dibina dan kemudahan asas ang disediakan serta peralatan yang dibekalkan masing-masing mempunyai jangkahayat tertentu. Bangunan dan kemudahan serta peralatan yang tidak diselenggara dengan baik dan bersistematik akan memendekkan jangkahayat dan mudah rosak. Penyelenggaraan yang bersistematik dan berkala dapat memajangkan jangkahayat serta dapat berfungsi dengan sempurna dan cekap. Malah, ia juga dapat mengelakkan sebarang bencana dan merbahaya kepada penggunanya. Di samping itu, penyelenggaraan yang bersistematik dan berkala dapat menjimatkan kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan pengguna (JPN 1997).

Matlamat utama penyelenggaraan iaialh memastikan keselamatan, keselesaan dan kecekapan. Standard penyelenggaraan institusi pendidikan ini berasaskan kepada 5 perkara iaiatu:-
(1) Penyelenggaraan Bangunan
(2) Penyelenggaraan Mekanikal
(3) Penyelenggaraan Elektrikal
(4) Penyelenggaraan Kemudahan Asas
(5) Penyelenggaraan Peralatan / Perabut

Jadual penyelenggaraan bagi setiap komponen ditentukan supaya sesuai dengan jangkahayat, kekerapan pengunaan dan daya tahan. Berikut adalah senarai jadual penyelenggaraan yang disyorkan:-

A. BANGUNAN

1. Struktur - Pemeriksaan setiap tahun
2. Dinding - Pemeriksaan setiap tahun
3. Lantai - Pemeriksaan setiap tahun
4. Bumbung - Pemeriksaan setiap tahun
5. Siling - Pemeriksaan setiap tahun
6. Kerangka - Pemeriksaan setiap tahun
7. Tandas - Pemeriksaan setiap 3 bulan sekali
8. Cat - Bangunan dicat setiap 5 tahun
9. Tangki Air (Luar) - Pemeriksaan setiap tahun dan dicat
5 tahun sekali
10. Pembasmian anai-anai - Setiap tahun


B. MEKANIKAL

1. Alat Pencegah Kebakaran - Setiap 6 bulan sakali
2. Penghawa Dingin - Diservis setiap 3-5 bulan sekali
3. Pam Penggalak - Diservis setiap 6 bulan sekali
4. Sistem LPG - Diperiksa setiap 6 bulan sekali
5. Sistem Air Panas (ERT) - Diperiksa setiap 3 bulan sekali
6. Kebuk Wasap - Diperiksa setiap 3 bulan sekali
7. Tangki Air siling & Perpaipan - Diperiksa setiap 3 bulan sekali
8. Tangki Septik & Pam Najis - Diperiksa setiap 6 bulan sekali dan
pam diservis setiap 3 bulan sekali

C. ELEKTRIKAL

1. Pendawaian - Diperiksa setiap tahun
2. Penangkis Kilat - Diperiksa setiap 15 tahun
3. Perlatan elektrik - Diselenggara setiap 3 bulan/ rosak diganti
4. Generator - Diselanggara setiap 3 bulan
5. Sistem Siaraya - Diselengara setiap 3 bulan /rosak diganti
6. Penggera Keselamatan - Diselenggara setiap 3 bulan /rosak diganti


D. KEMUDAHAN ASAS

1. Padang & Halaman - Merumput & mencantas setiap 2 minggu
2. Gelanggang Permainan - Pemeriksaan setiap tahun
3. Tembok Penahan Tebing/Cerun - Pemeriksaan setiap 3 bulan sekali
4. Pagar & Pintu Pagar - Pemeriksaan setiap 2 minggu & dicat
setiap 2 tahun
5. Jalan & Dataran Kejat - Diturap semula setiap 7 tahun /bila
berlaku kerosakan
6.Tempat letak Kereta/Basikal - Pemeriksaan setiap tahun
7. Pondok Jaga - Pemeriksaan setiap tahun
8. Wakaf - Pemeriksaan setiap tahun


E. PERALATAN / PERABUT

1. Peralatan elektrik - Diservis setiap 3 bulan
2. Komputer - Diservis setiap 3 bulan
3. Telefon & Faks - Diservis setiap 3 bulan
4. Alatan KH dan Makmal Sains - Diperiksa setiap 3 bulan
5. Perabut Diperiksa setiap 3 bulan

Oleh yang demikian, penulisan ini sebagai panduan bagi standard penyelenggaraan di sekolah-sekolah. Kesimpulannya, penyelenggaraan yang berkala dan sistematik dapat memastikan bangunan, alatan dan perabut boleh berfungsi dengan sempurna serta dapat menjimatkan kos penyelenggaraan di sekolah.


RUJUKAN

1. Unit Perancangan, Pembangunan Dan Bekalan. 1997. Garis Panduanpembangunan Sekolah-Sekolah Negeri Johor. Johor: Jabatan Pelajaran Johor

Monday, March 22, 2010

HOLIDAY DI HADYAI, SONGKLA & DAOK, THAILAND




Program bercuti pada 17-20 Mac 2010. Pertama kali pergi dan banyak pengalaman yang diperolehi. Suasana aman dan selamat serta bebas ke mana-mana tempat tanpa rasa takut... yang menarik naik tut-tut dan ke pasar terapung dimana jualan bermacam jenis makanan di dalam sampan... Insyallah, jumpa lagi kat sana...