
Monday, April 26, 2010
KENANGAN DI PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU



Aktiviti keluarga bersama rakan-rakan ke Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu pada 23-25 April 2010. Sebanyak 8 buah kenderaan konvoi ke sana yang melibatkan lebih kurang 40 orang. Aktiviti menarik seperti mencandat sotong, memancing dan juga mandi-manda di taman negara Pulau Perhentian sambil memberi makan ikan.
Wednesday, April 21, 2010
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PRE 1 & 2 DAERAH MUAR

MUAR, 21 April 2010 - Lawatan pemantauan projek PRE 1 & 2 dan isu-isu berkaitan oleh Pegawai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), KPM iaitu En. Suva dan Pn Nor Anita ke 4 buah sekolah tamil di daerah Muar yang melibatkan SJKT Jalan Khalidi, Muar, SJKT Ladang Lanadron, Pagoh , SJKT Ladang Bukit Serampang, Pagoh dan SJKT Ladang Temiang Renchong, Pagoh. Turut serta dalam lawatan tersebut En. Mat Yasin Bin Muda ( Pegawai Pembangunan JPN Johor) dan pegawai pembangunan PPD Muar.
Sunday, April 18, 2010
LAWATAN KE PULAU KARIMUN, INDONESIA



Johor- Lawatan diadakan pada 15 - 16 April 2010. Turut serta pegawai-pegawai dan staf Pejabat pelajaran Daerah Di negeri Johor dan pegawai JPN Johor. Lawatan berjalan lancar dan banyak pengetahuan dan pengalaman diperolehi. Terima kasih kepada Tn. Haji Rahman (PPD Pasir Gudang) yang mengurusakan lawatan ini.
Monday, April 12, 2010
MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN BARU RMK-9 DAERAH MUAR



MUAR- 13 April 2010. Majlis penyerahan bangunan baru RMK-9 daerah Muar melibatkan 2 buah sekolah-sekolah di daerah Muar dan daerah Ledang. Sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:-1. SK Paya Mas, Tangkak, Ledang
2. SMK Ledang, Tangkak, Ledang
Tahniah kepada JKR Muar dan kontarktor Utama serta Sub-kontraktor yang telah berjaya menyiapkan bangunan tersebut.
Monday, April 5, 2010
KURSUS PENINGKATAN PRFESIONALISMA STAF PPD MUAR 2010




Kursus Peningkatan Profesonalisma yang melibatkan semua staf Pejabat Pelajaran Daerah Muar telah dilaksanakan pada 02-04 April 2010 bertempat di Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri sembilan. Antara topik yang didedahkan kepada peserta ialah berkaitan:
(1) National Key Result Area (NKRA)& Minister Key Result Area (MKRA)
(2) Key Performent Indicator (KPI)
(3) Program 5S
(4) Tatacara Pengurusan Aduan
Majlis penutup dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Tn. Haji Ramli Bin Abd Samat, Pegawai Pelajaran Daerah Muar.
Subscribe to:
Comments (Atom)






















